Feeds RSS

Order2 K (^_^)

Love You XOXO!

Thursday, November 27, 2008

~sumthin' t[o] ponder on~

aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh, maafkan saya, saya xperasan"
katanya...
"maafkan saya juga...saya yang tak nampak saudara"
kami amat bersopan dan saling menghormati
kami saling melambai lalu berlalu pergi...

tetapi di rumah lain pula ceritanya,
bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
lewat petang,tika memasak makan malam,
anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
bila berpaling aku hampir melanggatnya jatuh,
jerkahku,"Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh!"
dia berlalu pergi,hatinya hancur luluh berkecai,
aku tak sedar betapa kasarnya kata-kataku,
sedangku berbaring di katil, mendengar muzik,
terdengar suara halus datang berbisik,

"bila bersama orang tak dikenali,
begitu bersopan dan merendah diri,
tetapi ahli keluarga tersayang di marah dan dicaci",
"cblah kau pergi lihat di lantai dapur,
kan kau temui bunga-bungaan bertaburan'',
itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan ungu",
"dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu."

pada masa ini, aku merasa amat kecil sekali,
air mataku turun mencurah-curah bagai di kali,
senyap-senyap ku kebiliknya, lalu ku melutut di katil.

"bangunlah anakku, bangunlah si kecil,
apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?"
dia tersenyum, "adik terjumpanya belakang rumah di semak,
adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutamanya yang ungu.
"maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
katanya, "oh, ibu,itu tak mengapa,
saya tetap sayang ibu melebihi segalanya"
bisikku, "anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutamanya yang ungu"

KELUARGA=FAMILY

adakah kamu sedar sekiranya kita mati pada hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya berapa hari?
tetapi keluarga yang kita tinggalkan?
mereka pasti merasa kehilangan kita sepanjang hayat....

read and think...penah x kite lebihkan orang lain dari keluarga kita sendiri?

xoxo,
GossipGirl.



0 comments: